Kalau Ini Nasib Anak Kita..Apa Yang Kita Akan Buat?
Posted on | August 10, 2012 | No Comments
Pagi ni buka je TV kat rumah, iklan bernas terus muncul, kisah sianak yatim, si Fizi dan Ahmad yang buta dan bisu, ditempatkan pula di Panti Asuhan.
Sayu melihat mereka bila berbuka puasa beramai ramai dengan anak yatim yang lain, lepas tu si cikgu ni bagi pula duit raya..happynya anak anak bila sambut duit raya tu, tak kisah la berapa janji duit raya..lepas tu bila ditanya
” hei awak raya kat mana? “
jawab si Fizi.. “saya tak ada kampung” sedih…
Kalau lah ada saudara mara yang sudi menjaga mereka, mesti perkara macam ni takkan terjadi pada anak anak ni kan? cuba kita bayangkan kalau lah ini anak kita, sanggup ke kita?.. memang sayu sangat hati ni, sedih sangat..menitik air mata bila tengok macamana suasana raya mereka, balik kampung naik lori..
kita naik apa?
Tanpa ketupat dan lemang, tanpa peluk cium dari orang yang tersayang…mereka menyambut Hari Raya dikubur ibu , berdua siyatim piatu tanpa yang lain membantu..Subhanallah.
Lahir mereka didunia..bukan pinta mereka..perginya kita dari dunia lebih dulu dari mereka juga bukan kita yang mahu..tapi dengan sedikit usaha dan persediaan awal dari kita, pasti sesuatu yang baik boleh kita adakan dan siapkan. Selagi ada ruang dan waktu..kita mampu mengubahnya.
Tenangkan kita..kalaupown kita dijemput lebih awal oleh Tuhan, tapi masa tu semuanya dah tersedia untuk sianak, pasti nasib malang begini takkan terjadi pada anak kita, macam nasib si Fizi dan Ahmad, takkan terbuang jauh dirumah anak yatim, pasti hari raya mereka penuh dengan riang dan tawa, sebagaimana sepatutnya kanak kanak yang lain.
Betullah…dugaan datang tak pernah nak bagi salam, main terjah je…tapi jangan salahkan dugaan dan nasib..kita yang kene sokmo get ready.
panti asuhan = rumah anak yatim
sokmo = selalu
Comments
-
Post a comment

