Shopping di Shenzhen China
Posted on | July 31, 2012 | No Comments
Mengimbau kenangan 4 hari di China.
Hari itu, 13 Julai 2012, morning call..”kring kring “… jam 5 pagi dah kena kejut, adess malasnya..sedap tidur ni..terpaksa dan dipaksa bangun, lepas mandi dan solat, terus turun dan breakfirst.
Pagi ni kami nak ke Shenzen. Shenzen adalah satu pulau yang terletah di wilayah Guangdong China selatan, sepanjang perjalanan ke Shenzen saya rasakan macam melalui satu taman yang panjang, dengan udara dan persekitaran yang sangat bersih, Shenzen membuatkan sesiapa pon akan rasa tertarik, dan boleh stay lama disini.
ambil masa 2 jam juga nak ke Shenzen ni, lama jugak tu..so jom layan bangunan di Guang Zhou, bersih!
Bangunan usang di Guang Zhou, tapi walau usang tetap bersih. Apa yang menariknya setiap rumah mesti penuh dengan pokok, rajin sungguh dorang menanam ye.
Pullman, depan Baiyon aiport, bangunan dia ala ala KL Tower, betul tak?
Kacang pun jadi tugu dorang jugak.
2 jam kematu dalam bas, akhirnya sampai di Shenzen, destinasi pertama…Jed Factory.
Saya tak suka emas dan jed, tapi layan la..alang alang dah sampai. Tapi seronok bila belajar benda baru. Mengenal jed palsu dan asli, tengok pula keletah kengkawan yang sibuk tawar menawar dengan salesgirl jed…ada yang tersenyum puas, ada yang masam mencuka..ha ha.
Dan saya pown dapat juga 1, bila balik Malaysia, simpan je buat perkasam..ha ha, kang dah kata tak minat. Tapi inilah kenangan pertama dapat melancong ke luar negara tau, bila tua nanti, tengok cincin ni mesti teringat fisrt time naik flight, fisrt time jejak negara orang.
Masing masing dengan tangan berkarat, jari dan tangan penuh jed..puas hati tak?
Ok then ke destinasi seterusnya…Sambung shopping cenderamata untuk anak anak dan kengkawan kat sini pula.
Belum habis shopping, tapi dah diarah stop..masa tak cukup!
hmm muka letih tapi happy!..berat wehhhh!
Then singgah makan di Muslim Hotel Shenzen, masa ni tak enjoy pown nak makan, sebab hati masih dok teringat tak habis shopping..ha ha
Tidur dulu dalam bas, time ni dari Shenzen nak balik Guangzhou. Isi tenaga..sebab khabarnya sampai hotel nanti kita nak sambung shopping lagi, amboiii
Jam dah 12 malam, lepas balik dari Shenzen naik bilik, hantar beg shopping..terus turun semula sebab nak sambung shopping lagi, tapi sebelum tu sempat snap snap dengan Mr Teoh..bukan senang kita nak tengok Mr Teoh pakai macam ni kan…
Sambung shopping..yeayyyy..
Barang dah lebih Luggage, so nampak gayanya kena tambah luggage baru, Madam dengan Cdm Chan tolong pilihkan dan tawarkan, tenkiu Cdm.
masing masing dah dapat sorang 1, lega! now boleh balik tidur, sebab esok nak sambung shopping lagi.
Note : malam hari pertama banyak cerita suka, happening dan cemas..tapi off record, nak tahu meh pm Ayu ye 0122244103, sambil tu boleh kita chatting chatting tentang trip nak ke kota London dan Paris pulak
Comments
-
Post a comment





















