Gala Dinner Di Hotel Hilton Guang Zhou

Posted on | July 20, 2012 | No Comments

Kami jejak kaki di Rosedale Hotel petang tu jam 4.30, kata tour leader kami nak kena tunggu di Lobby Hotel pada jam 5.30..memang kelam kabut, tapi seronokkkk

Kelam kabut tapi maintain comel lagi kan? haaa apa yang seronok sangat time ni, sekali lagi kami dapat hadiah dari company..tu yang dalam paper bag, belum panas punggung dah dibagi hadiah..tenkiu.

jam 7 lebih macam tu kami sampai di Hilton hotel, ambil masa lama jugak kan, jalan crowd sangat..sampai kami semua tertidur dalam bas, celik mata dah nampak bangunan megah ni..Alhamdulillah sampai juga kami kat sini ye.

Huihhh bila masuk dalam Hilton Hotel lagi lah, bukan tak pernah jumpa hotel hebat macam ni di Kuala Lumpur, tapi rasa bangga dan seronok sangat, sebab Syarikat Hai O sanggup labur macam ni sekali untuk kami usahawan Hai O. Alhamdulillah..kami tak salah pilih, Tenkiu Ya Allah kerana dah lorongkan hati kami untuk memilih bisnes ni, bertemu pula dengan jodoh yang cantik ..bersama Cdm Kak Azi dalam PINK di B32..Syukur!!

Makanan yang dihidang semuanya best, kami ambil serba sikit..hu hu sebab nak rasa macamana makanan di Guang Zhou ni, tapi apa yang seakan rasa macam duduk dikebun abah, bila dihidang dengan buah buahan tempatan kita..manisnya!

Baru je sekejap tadi jejak kaki di bumi Ghuang Zhou, malamnya semasa di majlis makan malam, Hilton Hotel..kapten kami Cdm Kak Azi telah dipilih untuk berucap di pentas ini, bangga sangat melihat pemimpin kami berdiri diatas pentas yang gah ni. Alhamdulillah..didepan hampir ribu ahli Hai O yang lain..salute Kak Azi..inilah wajah pemimpin..gambaran masa depan kami dalam bisnes ni….Insyaallah.

We r da pink..comel kan kaler pink ni..yang dah berumur pown boleh nampak cute dalam warna ni..cun!

ok..part dinner dah habis..esok nak sambung ke Shenzen pula…hoyeee

Kredit pic to kengkawan PMG B32

 

 


Comments

  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • Visit Ayu Jamal's RSS
  • Subscribe my feed

    Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.


  • Follow Me

  • Solat Countdown

    رابو
    10 Sya'ban 1434
    Now : Isha (20:35)
    Next : Imsak (05:40)
  • Protected by Copyscape Duplicate Content Detector
    free hit counter